• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Pasukan Polis, Asri Janggut Ke Bukit Aman

oleh
14/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang membuat kenyataan menghina pasukan polis, dilihat meninggalkan ibu pejabat polis Bukit Aman pada pukul 1.00 tengah hari selepas kenyataannya direkodkan.

Peguam Mohd Asri, Datuk Shaharudin Ali berkata pada mulanya anak guamnya itu disoal siasat sekitar sejam setengah sebelum mereka pergi menunaikan solat Jumaat.

“Kenyataan telah direkodkan oleh pegawai penyiasat dari unit siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Asri telah memberikan kenyataan mengenai dakwaan aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup ketika disoal, selain dakwaannya bahawa kebanyakan pegawai polis tidak menunaikan solat setiap hari,” kata Shaharudin ketika ditemui pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.

Katanya Mohd Asri akan disoal semula pada pukul 3.00 petang berkenaan perkara yang sama.

Bernama sebelum ini melaporkan dua laporan polis telah dibuat terhadap Mohd Asri di Balai Polis Jalan Travers dan Jalan Tun Razak, dua hari lepas.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(c)  Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebimbangan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan.

Dilaporkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador turut menyifatkan dakwaan yang dibuat Asri terhadap pegawai polis tidak menunaikan solat sebagai ‘melampau’.

Dalam video sama yang tular itu, Mohd Asri turut mengatakan perkara yang sama terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagaimanapun, Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang dalam kenyataan mengatakan pihaknya menerima permohonan maaf Mohd Asri yang disiarkan menerusi platform media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Rabu lepas. – BERNAMA

Tags: asri janggutBukit AmanPDRMpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd