• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk, Peniaga Napoh Nak Saman Tauke Nasi Kandar

oleh
14/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas akan memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster Sivagangga.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang agar tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus Covid-19 merebak.

“Semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

“Dijangka hari ini akan ada lagi penduduk yang mahu berbuat demikian menerusi nasihat guaman Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

Semalam, NSTP melaporkan CAKE mengetuai NGO bersama penduduk dan peniaga pekan Napoh akan memfailkan saman bersama terhadap pemilik Restoran Salleh.

Mohamad Yusrizal berkata penularan virus ini bukan sahaja berlaku di Napoh, tetapi ia merebak ke daerah Padang Terap, Kulim seterusnya ke Perlis dan Pulau Pinang sehingga bukan sahaja memberikan satu gambaran yang buruk kepada pekan Napoh, malah kepada seluruh penduduk di Kedah.

“Justeru saya menyambut baik langkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara lima bulan, semalam.

“Sebab itu kita bersama penduduk dan NGO akan teruskan saman terhadap pemilik restoran itu, banyak kerugian penduduk terpaksa tanggung termasuk kesan terhadap psikologi mereka,” katanya.

Semalam, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar selepas didapati bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun. – myMetro Online

Tags: Covid-19kluster sivagangganasi kandar salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd