• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Akan Panggil Individu Terbabit Wawancara Asri Janggut

oleh
13/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua individu terbabit dalam wawancara dihadiri oleh peniaga burger, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata individu berkenaan sudah dikenal pasti membabitkan mereka yang diwawancara, penganjur dan penghasil dua video terbabit.

“Kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

“PDRM menegaskan, tindakan dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang.

“Tiada individu atau entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, Cheras, di sini, hari ini.

Mohd Asri mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Dakwaan peniaga burger yang kontroversi itu tular dalam media sosial dan dikecam ramai netizen.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) dan 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Beliau sekali gus menggesa orang ramai supaya tidak membuat, menerbit atau mengedar kenyataan, khabar angin serta berita yang ada kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni. – BH Online

Tags: asri janggutPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd