• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga-M Diteruskan Tanpa Penonton Bermula 26 Ogos

oleh
13/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penganjuran semula Liga-M ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di dalam negara ketika ini.

Liga-M 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat penularan COVID-19 akan bermula pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 Oktober.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ismail Sabri berkata pihak swasta termasuk persatuan-persatuan runcit dan pengusaha makanan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengambil bahagian dibenarkan untuk mengguna logo Polis Diraja Malaysia pada poster kempen mereka.

“Logo MKN, KKM dan PDRM bagi poster kempen kesedaran yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan persatuan adalah dibenarkan untuk menunjukkan sokongan agensi-agensi itu dalam kempen ini dan bukan untuk tujuan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada agensi yang berkaitan terlebih dahulu serta merujuk Garis Panduan Penyediaan Kandungan Bahan Promosi Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos lepas bagi menyemarakkan amalan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Berkenaan laporan penemuan vaksin COVID-19 oleh Rusia, Ismail Sabri berkata KKM akan meneliti mengenai perkara itu sebelum membuat keputusan untuk menempah vaksin itu untuk kegunaan rakyat negara ini.

“Saya percaya KKM akan teliti dulu perkara itu. Sekarang ini banyak negara dakwa bahawa mereka telah jumpa vaksin, tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana ia berjaya, KKM akan teliti sebelum menempah mana-mana vaksin dan masih terlalu awal untuk buat keputusan itu,” katanya.

Dua hari lepas, Rusia dilaporkan mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, bagi soalan bilakah sempadan negara akan dibuka, Ismail Sabri berkata setakat ini negara masih belum membuat keputusan untuk membuka sempadan negara kepada pelancong asing berdasarkan keadaan semasa situasi COVID-19 negara.

“Belum, kita belum ada tarikh ditetapkan bila kita nak buka sempadan, kita perlu lihat keadaan semasa negara lain dan juga perlu melihat keadaan negara kita, jika semua telah ‘jelas’ (situasi COVID-19 baru kita buat keputusan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Thailand tidak akan membuka pintu-pintu sempadan untuk pelancong antarabangsa sehingga tahun hadapan. – BERNAMA

Tags: bola sepakLiga Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014  – Syafiq Rahim

JDT 11 tahun Dominasi Liga Malaysia Sejak 2014 – Syafiq Rahim

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Syafiq Rahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas berjaya melangkah ke...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd