• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Lagi Positif Covid-19 Daripada Kluster Sivagangga

oleh
06/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan, enam individu lagi disahkan positif Covid-19 daripada Kluster Sivagangga.

Menurutnya, satu daripada enam kes baharu itu (kes ke-9032) mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarga beliau yang pernah mengunjungi kedai makan di Napoh. 

“Individu ini mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos lalu sebelum disahkan positif Covid-19 pada 5 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah. Ahli keluarga berkenaan disaring untuk Covid-19 dan masih menunggu keputusan.

“Manakala, lima kes baharu selebihnya pula terdiri daripada satu (1) keluarga (iaitu kes ke-9033, 9034, 9035, 9036 dan 9037). Mereka mempunyai sejarah mengunjungi ke salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kedah. 

“Mereka dimasukkan ke HSB untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga berkenaan masih di dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam kes ini adalah kes generasi kedua dalam Kluster PUI Sivagangga. 

“Saringan kontak rapat kes-kes positif ini dan Active Case Detection diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, hasil siasatan yang dijalankan ke atas kes ke-9023 dari Kulim (kes dilaporkan pada 5 Ogos), seramai 15 kontak rapat beliau dikenal pasti dan disaring. 

“Punca jangkitan kes ini masih di dalam siasatan,” katanya.

Katanya, sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 2,351 individu disaring dalam kluster ini. 

“Daripada jumlah ini, 30 kes dikesan positif Covid-19, 1,617 negatif dan 704 masih menunggu keputusan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19kluster sivagangga
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd