• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Tular Pakai Gelang Pink Bukan PUS COVID-19

oleh
04/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana memakai “gelang pink” dan berada di kawasan letak kenderaan Bukit Bendera di sini pada Ahad lepas  bukan pesakit di bawah pengawasan (PUS)  COVID-19.

Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata siasatan polis mendapati mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu berkenaan oleh pembantu jualan sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini pada hari kejadian.

Pasangan berkenaan memaklumkan mereka juga tidak pernah ke luar negara dan semakan dengan Kementerian Kesihatan mendapati nama kedua-duanya tiada dalan senarai PUS atau diarahkan menjalani kuarantin di rumah, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kejadian itu, Soffian berkata susulan laporan polis yang diterima daripada seorang individu, pihaknya bertindak mengesan pasangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 21 tahun yang tinggal di Permatang Tengah, Butterworth dan teman wanitanya yang berusia 22 tahun yang menetap di Sungai Puyu, Butterworth.

“Pasangan kekasih itu mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, di sini pada 12.30 tengah hari Ahad dan dipakaikan tag atau gelang tangan berwarna pink dengan tulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit,” katanya.

Beliau berkata disebabkan pasangan tersebut ingin kembali ke kedai haiwan itu pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang berkenaan bagi mematuhi syarat yang telah ditetapkan sebelum ke Bukit Bendera. – BERNAMA

Tags: gelang pinkPUS Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Sorok ‘Gelang Pink’ Ditahan

05/10/2020
0

PETALING JAYA - Lelaki warga emas yang memakai gelang merah jambu ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan...

‘Makcik Gelang Pink’ Dijel Sehari, Denda RM8,000

14/08/2020
0

'MAKCIK gelang pink' dijatuhkan hukuman penjara selama satu hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd