• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam 2 Minggu Lagi

oleh
04/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom.

Azmi yang menjalankan tugas pengerusi SPR berkata suruhanjaya itu masih belum dapat menetapkan tarikh mesyuarat itu buat masa ini kerana memerlukan sedikit masa memandangkan PRN Sabah membabitkan satu negeri dengan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Semua maklum bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman pembubaran DUN, perlu diingatkan PRN tidak sama dengan Pilihan Raya Kecil.

“Jadi ia memerlukan sedikit masa lagi bagi mengadakan satu pilihan raya yang sesuai dan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dengan SPR menerima pemakluman rasmi mengenainya pada keesokkan hari. 

Berdasarkan Perkara 21 (4) Perlembagaan Negeri Sabah, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN. – BERNAMA

Tags: pilihan raya negeriSabahSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

PAS Sedia Berunding Kerusi Dengan UMNO, Fokus Utama Sekat PH Di Melaka – Tuan Ibrahim

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS sedia berunding dengan UMNO berhubung kerusi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd