• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Md Rayhan Akan Diusir Selama-Lamanya

oleh Mohd Arshad
27/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak di Kuala Lumpur.

Jabatan Imigresen sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.

Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari berkenaan.

Bernama semalam melaporkan Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan penahanan itu berkata suspek berumur 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang semalam. – BERNAMA

Tags: Al JazeeraCovid-19ImigresenWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Kluster Baharu Hari Ini, 18 Kluster Dikesan Sejak PKPP

Next Post

Kes SRC: Nasib Najib Ditentukan Selasa Ini

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

Kes SRC: Nasib Najib Ditentukan Selasa Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd