• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Perlu Bayar RM1.69 Bilion Kepada LHDN

oleh
22/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai cukai yang tidak dibayar sejak 2011 hingga 2017.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache hari ini membenarkan permohonan penghakiman terus LHDN dikenakan terhadap Najib.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Ahmad berkata apabila notis taksiran cukai LHDN yang memerlukan pembayaran dibuat kepada lembaga itu dikeluarkan terhadap pembayar cukai, mereka perlu membayar jumlah yang dituntut, termasuk bekas perdana menteri, kerana semua orang adalah sama di sisi undang-undang.

Beliau juga berkata Najib perlu membayar jumlah yang dituntut oleh LHDN sebagai “hutang’ kepada kerajaan.

Dengan memetik satu penghakiman Mahkamah Persekutuan, hakim itu berkata peruntukan yang ditekankan oleh Mahkamah Persekutuan “bayar dahulu, bincang kemudian” walaupun keras, namun ia adalah peruntukan yang memang sengaja ditetapkan oleh perundangan, disebabkan banyak insiden mengelak bayar cukai dalam negara.

Bagaimanapun Najib masih boleh merayu jumlah itu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN, menyaman Ahli Parlimen Pekan itu dan menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 6 Julai lepas pula Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam saman mereka terhadap anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin, yang menuntut beliau membayar RM37.6 juta tunggakan cukai dari 2011 hingga 2017. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDNNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd