• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Pusat Jagaan Warga Emas Dikawal Polis

oleh
21/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Sebuah balai polis bergerak ditempatkan di hadapan pintu masuk pusat jagaan warga emas di Taman Megah berikutan penemuan kluster baharu Covid-19 di situ semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dua anggota polis turut mengawal pusat jagaan tersebut bagi memastikan semua perkara berkaitan prosedur operasi standard (SOP) urusan di pusat jagaan itu dipatuhi sepenuhnya.

“Tiada pergerakan keluar masuk akan dibenarkan sepanjang tempoh kuarantin dijalankan atau sehingga keadaan pulih sepenuhnya di pusat berkenaan.

“Diharapkan orang ramai dapat mematuhi serta menjauhkan diri daripada pusat ini selain mereka yang sudah dibenarkan,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan seramai 12 individu daripada Kluster Rumah Warga Emas Kluang, Johor disahkan positif Covid-19.

Katanya, kluster ini dikesan apabila kes indeks dilaporkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Enchee’ Besar Hajjah Khalsom kelmarin. – Sinar Harian

Tags: Covid-19pusat jagaan warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd