• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Peniaga Melayu Bersama Rancakkan Sektor Ekonomi

oleh
16/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) membuka lebih peluang kebersamaan untuk peniaga Melayu dalam merancakkan sektor ekonomi negara, sekali gus mampu memperkasa dan memberi manfaat kepada golongan itu secara keseluruhan.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abd Halim Husin, berkata langkah bagi mewujudkan dasar yang telus dan bersandar kepada kesaksamaan dengan peniaga daripada kaum lain sudah lama disuarakan pihaknya serta badan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain.

“Jika pelaksanaannya benar dan dapat mencapai perancangan yang dimaksudkan, seluruh kaum Melayu akan dapat manfaat.

“Melayu boleh memperkasa ekonomi semasa dan merapatkan jurang ekonomi dengan milikan bukan Bumiputera,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, kerajaan akan mewujudkan MKB, yang bakal dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

Katanya, MKB adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepat pemerkasaan ekonomi Bumiputera melalui usaha peningkatan kapasiti dan keupayaan merentas pelbagai program.

Abd Halim bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mahu peniaga Melayu mendapat keistimewaan tanpa asas yang kukuh.

“Mereka perlu mendapat setimpal dengan apa yang mereka usahakan, bertanding dengan cekap dan menumpukan usaha berasaskan kecekapan,” katanya. – BH Online

Tags: bumiputeraEkonomipeniaga melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd