• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh 3 Kucing Dalam Mesin Basuh

oleh
16/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAYANG – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh tiga ekor kucing dengan melemaskan haiwan itu di dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, Ahad lalu.

Tertuduh Muhammad Najwan Zulkefli, 24, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Syafeera Mohd Said, bermula jam 9.30 pagi.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa pada jam 5 hingga 6.30 pagi Ahad lalu di Premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa Satu Apartmen Desa Aman Puri di Kepong dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada tiga ekor kucing jantan.

Dengan ini tertuduh melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Selangor N Naageswara Rao.

Terdahulu Naageswara memohon tertuduh untuk dihantar ke hospital bahagia bagi pemeriksaan lanjut memandangkan perwatakan tertuduh yang tidak stabil.

Hakim Syafeera kemudian membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemerhatian lanjut selama sebulan dan menetapkan 13 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, seorang wanita mendedahkan dalam media sosial mengenai tindakan kejam individu yang membunuh tiga kucing dengan cara dilemaskan dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.

Lelaki terbabit yang dikatakan kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong. – Sinar Harian

Tags: bunuh kucingKedai Dobimesin basuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Rentung Kemalangan Seorang Penuntut Kolej

‘Di Mana Bella? Dia Tak Pergi Kedai Dobi Pun…’

27/12/2023
0

BATU PAHAT: Kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak hampir dua minggu lalu masih menimbulkan misteri meskipun...

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

Lauk Dalam Tandas, Nasi Bungkus Dalam Mesin Basuh

27/03/2023
0

Kota Bharu : Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh. Ikuti Mynewshub: Telegram Tindakan peniaga yang disyaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd