• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedia Panduan Pencegahan Covid-19 Di PPS

oleh
15/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kejadian banjir di beberapa negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini 18 PPS dibuka di tujuh daerah di Johor, Pahang, Selangor dan Melaka yang menempatkan seramai 1,267 mangsa daripada 303 keluarga.

“Keadaan penghuni yang ramai di PPS boleh membawa risiko penularan jangkitan Covid-19 di kalangan mangsa dan petugas.

“Justeru, langkah pencegahan Covid-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh penghuni dan agensi bertanggungjawab dalam pengurusan serta kebajikan mangsa.

“Penjarakan sosial yang selamat, mencuci tangan dengan air dan sabun, etika batuk dan bersin perlu diamalkan sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai panduan pencegahan dan pengurusan Covid-19, beliau berkata, ia boleh diguna pakai semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan PPS semasa kejadian bencana.

Katanya, antara cadangan disarankan adalah PPS perlu meletakkan tanda jarak, menyediakan sabun atau cecair pembasmi kuman tangan di lokasi strategik seperti pintu masuk dan di dalam PPS dan penghadang, kubikel atau khemah perlu dijarakkan sekurang-kurangnya dua meter.

“Selain itu, semua PPS juga perlu menyediakan pelitup muka untuk kegunaan mangsa bergejala, poster etika batuk dan bersin ditampal di PPS, makanan disediakan dengan pembungkusan individu, tandas mobil sebagai tambahan.

“Sanitasi kawasan guna sama harus kerap dilakukan dan bilik isolasi perlu disediakan untuk mengasingkan mereka bergejala,” katanya.

Tambah beliau, mangsa mendaftar masuk ke PPS yang mempunyai gejala dan sejarah kontak rapat atau pulang dari luar negara perlu ditempatkan di bilik isolasi. – myMetro Online

Tags: BanjirCovid-19Pusat Pemindahan Sementara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd