• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1.6 Hektar Kawasan Pelupusan Sampah Terbakar

oleh Ahmad Albab
06/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lebih 1.6 hektar kawasan pelupusan sampah di Kampung Penderas, Slim River terbakar mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadam kebakaran yang bermula pada 7.08 malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River Md Zin Mohd Faaidin berkata dua jentera bersama lima anggota dikejar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada 8 malam.

“Namun, kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 9.58 malam. Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dua nozel ‘fix monitor’ air tangki dan pili bomba,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan cuaca panas merupakan antara faktor selain terdapat pelbagai bahan api di tapak pelupusan sampah itu.

Turut terbakar, hari ini ialah tempat pelupusan sampah yang terletak bersebelahan Pusat Insinerator Pulau Pangkor di Sungai Pinang Kecil.

Pasuka bomba yang menerima panggilan pada 6.42 pagi berhubung kejadian itu, tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 7.30 pagi. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd