• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Art Harun, Dari Mahkamah Dan SPR Ke Parlimen

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Azhar Azizan Harun, 58, yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, merupakan seorang yang arif tentang undang-undang.

Lebih dikenali dengan panggilan Art Harun, anak jati Kedah yang dilahirkan pada 26 Oktober 1962 ini merupakan lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang dari King’s College, University of London.

Mempratikkan kerjaya dalam bidang guaman sejak 1987, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di beberapa firma guaman antaranya Allen & Gledhil, Khaw & Hussain, Tetuan TH Su & Rakan, Tetuan Lamin & Co, Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Tetuan Shafee & Co, dan terakhir di Messrs KH Koh, Azhar & Koh sejak 1992.

Azhar Azizan yang dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 21 September 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, telah meletak jawatan sebagai pengerusi SPR pada 29 Jun lalu.

Pada 9 September 2019, beliau dianugerah Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk”, daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka.

Azhar Azizan dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dalam sesi Parlimen hari ini dicadangkan sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Nama kedua-dua mereka diusulkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Nga Kor Ming sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Sepanjang berkhidmat sebagai pengerusi SPR, Azhar Azizan telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara antaranya pendaftaran pengundi secara dalam talian yang telah mula dilaksanakan tahun ini.

Pembaharuan lain adalah memperkenal kad mengundi, menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pengundi-pengundi kurang upaya dan warga emas.

Memanjangkan tempoh mengundi, menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pada hari cuti umum, membuat siaran “live feed” proses penjalanan pilihan raya dari penamaan calon sehinggalah pengisytiharan keputusan juga antara pembaharuan yang dibuat.

Paling signifikan adalah pembabitan Azhar Azizan sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Pekan Pahang 4 Julai lalu yang diadakan dalam situasi normal dan peraturan baharu berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

Tags: Azhar Azizan HarunYang Dipertua Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

13/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan kesemua 222 Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan....

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

19/12/2022
1

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd