• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azhar Harun Dipilih Yang Dipertua Dewan Rakyat

oleh
13/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10 hari ini.

Azhar, 58,  merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan pencalonan Azhar mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Tiada undi diadakan memandangkan hanya satu nama dicadangkan.

Usul itu dibentang Perdana Menteri selepas usul pertamanya supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat sedia ada Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya diluluskan selepas menerima sokongan 111 undi berbanding 109 undi.

Seorang Ahli Parlimen tidak hadir manakala seorang lagi berkecuali.

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Datuk Azhar Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” kata Muhyiddin.

Azhar sebelum ini dilantik sebagai pengerusi SPR pada 21 Sept 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau meletakkan jawatan pengerusi SPR pada 29 Jun. – BERNAMA

Tags: Azhar Azizan HarunYang Dipertua Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

13/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan kesemua 222 Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan....

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

Johari Abdul Yang Dipertua Dewan Rakyat Baharu

19/12/2022
1

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul diangkat menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd