• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Hiburan Keluarga Dibenar Operasi Mulai 15 Julai

oleh
10/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pusat hiburan keluarga termasuk arked permainan dan pusat karaoke dibenarkan beroperasi kembali bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepentingan 3,000 tenaga kerja terlibat dan sumbangan RM500 juta kepada pendapatan negara.

“Kelulusan ini melibatkan arked permainan, taman funfair indoor, hiburan pendidikan, gym permainan kanak-kanak, hiburan permainan berasaskan peralatan mesin dan hiburan teknologi serta pusat karaoke keluarga,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Kerajaan turut membenarkan aktiviti berkaraoke di majlis perkahwinan, namun operasi pub dan disko masih tidak dibenarkan, katanya.

Memperincikan kelonggaran baharu itu, Ismail Sabri berkata, pengoperasian adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, antaranya pengguna perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Bagi operator pula, mereka dikehendaki mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan saiz premis dan memastikan ada jarakan sosial selain mengambil suhu badan.

“Penjualan tiket dalam talian adalah digalakkan dan operator juga perlu melakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala,” katanya.

Menyentuh mengenai kebenaran rakyat negara ini menjalani latihan syarikat di luar negara, beliau berkata, perkara itu dibolehkan tertakluk kebenaran Jabatan Imigresen.

Mengenai pematuhan PKPP pada hari ke-29 pelaksanaan semalam, Ismail Sabri berkata, 76 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKPP dan 10 warga asing ditahan menerusi sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen. – BERNAMA

Tags: Covid-19pusat hiburan keluarga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd