• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Benar Aktiviti Pawagam Pandu Masuk Tertakluk SOP

oleh
09/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP yang perlu dipatuhi antaranya pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

“Petugas RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurutnya, polis menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap 11 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk aktiviti yang melanggar SOP.

“Sebanyak 2,876 pasukan pematuhan melibatkan 13,545 anggota membuat pemantauan di 3,804 pasar raya, 5,913 restoran serta 1,316 penjaja, 1,247 kilang, 3,767 bank dan 860 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau 1,184 terminal pengangkutan darat, 267 terminal pengangkutan air dan 122 terminal pengangkutan udara,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis membuat 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 39,407 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Dalam operasi itu, polis berjaya menahan 10 PATI kerana kesalahan imigresen,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, seramai 630 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, India, Nepal, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Ethiopia, Brunei dan Timor Leste.

“Daripada jumlah itu, 624 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala enam individu dibawa ke hospital.

“Polis juga membuat 1,056 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendapati 46 tapak pembinaan patuh SOP ditetapkan, enam tapak pembinaan tidak patuh dan diberi nasihat manakala enam lagi tapak pembinaan tidak beroperasi semalam.

Semalam juga katanya, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 838 premis perniagaan serta terhadap peruncit, pemborong dan pengilang.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 1,795 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,772 premis mematuhi SOP manakala 23 lagi premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” katanya. – BERNAMA

Tags: pandu masukpawagamSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd