• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PU Amin, PU Syed Gesa Boikot Sajat

oleh
08/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat memuat naik video dan foto dia berbikini di Instagram mengundang kemarahan pendakwah dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Amin dan PU Syed yang menggesa orang ramai memboikot ahli perniagaan itu.

Amin berkata, walaupun dia pernah dikecam teruk sebelum ini, namun atas tanggungjawab dan kecintaan terhadap agama Islam, dia sekali lagi tampil bersuara di atas tindakan keterlaluan Sajat. 

“Sebenarnya saya malas dah nak buat benda sama. Sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan. Kecam, ugut dan ancaman saya dapat dulu sebab tegur benda macam ini, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan saya, maka saya minta netizen dan seluruh pengguna media sosial memboikot dan membuat aduan terhadap Instagram Sajat,” katanya menerusi Instagram.

Amin berkata, ketika mengerjakan umrah awal tahun lalu, dia ada ternampak Sajat dan rakan-rakannya di Masjid Quba di Madinah. Dia juga Nampak mereka ketika melakukan saie.

“Mereka berpakaian wanita. Saya berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah. Saya laporkan kepada pihak berkuasa, tapi dia tetap kuat. Walaupun sudah mencium kelambu Kaabah sambil menangis, dia tetap ulang perkara sama,” katanya.

Amin berkata, dia tidak faham kenapa masih ramai netizen yang ‘mengagungkan’ Sajat di media sosial sedangkan tindakan Sajat disifatkan melampaui batas apabila seolah-olah cuba mempermainkan agama.

“Mari kita sama-sama boikot dia. Dulu kita pernah buat dan berjaya, sekarang kita lancarkan kembali. Ini tindakan sebaiknya. Saya juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial Sajat,” katanya.

Dalam masa sama, Amin turut mendoakan supaya Sajat menyedari segala perbuatannya dan diberikan hidayah.

Dalam pada itu, Syed turut terkilan dengan tindakan Sajat itu dan menggesa pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap Sajat.

“Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama.

“Saya masih menunggu pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada Sajat bagi mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Sajat juga pernah menetus kontroversi apabila mengenakan pakaian wanita ketika mengerjakan umrah. – myMetro Online

Tags: bikiniboikotNur Sajatpu aminPU Syed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

Rakyat Malaysia Berhak Untuk Protes, Boikot – Duta AS

02/04/2024
0

KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) menyokong hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman di kedutaannya sebagai cara menyatakan...

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

Jegil Mata, Senyum Sinis, Jelir Lidah Dan Boikot Dikategorikan Buli

10/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Menjegil mata, senyum sinis dan mencebik mulut, selain menjelirkan lidah dan boikot diklasifikasikan sebagai perbuatan buli yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd