• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Al Jazeera Dipanggil Ke Bukit Aman Minggu Ini

oleh
08/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali dan wartawan Al Jazeera akan dipanggil minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dokumentari agensi berita antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menghubungi beberapa individu berkaitan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Mereka akan dipanggil memberi keterangan pada minggu ini dan awal minggu depan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Beliau turut mengesahkan seorang aktivis sosial dipanggil semalam dan keterangannya sudah diambil di IPD Putrajaya bagi membantu siasatan susulan kenyataan di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.

Katanya, pihaknya turut akan memanggil seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Rayhan Kabir yang terbabit dalam dokumentari itu.

Mior Faridalathrash berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lima laporan polis diterima berhubung laporan dokumentari agensi berita antarabangsa itu dan pihaknya mengenal pasti beberapa individu yang terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19. – BERNAMA

Tags: al-jazeeraCovid-19pendatang tanpa izin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd