• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,472 Belum Jalani Saringan Kali Kedua Diburu Polis

oleh
01/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan digerakkan untuk menjejaki individu yang menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi enggan menjalani saringan kedua pada hari ke-13. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh dikenakan terhadap mereka yang melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah. 

“Walaupun dibenarkan kuarantin di rumah, ada prosedur operasi standard (SOP) yang mereka perlu patuhi. Hari ke-13 mereka perlu menjalani saringan kedua, kalau didapati negatif COVID-19, maka kita potong ‘wristband’ mereka. 

“Mereka yang degil kita akan hantar polis untuk cari mereka. Sama ada mereka nak tunggu polis datang atau pergi ke klinik untuk saringan kedua,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. 

Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin lepas melaporkan seramai 1,472 individu yang menjalani kuarantin di rumah masih belum menjalani ujian COVID-19 hari ke-13.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata rakyat Singapura yang merupakan peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) perlu mengemukakan sijil ‘fit to travel’ (sihat untuk lakukan perjalanan) untuk masuk ke negara ini.

Jelasnya rakyat Singapura tetap perlu membuat saringan kesihatan sebelum masuk ke negara ini walaupun dasar republik itu mungkin tidak menetapkan keperluan membuat saringan jika tidak bergejala.

“Kita akan kaji semula syarat itu, bagaimanapun ia masih tertakluk kepada perbincangan Kementerian Luar bagi kedua-dua negara.

“Misalnya 250,000 pekerja iaitu rakyat kita patutnya berulang-alik ke Singapura, kita masih tunggu Singapura melonggarkan (syarat) kemasukan rakyat kita ke sana,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata perlu ada timbal balas di antara kedua-dua negara. 

“Kita benarkan rakyat mereka ke negara ini, mereka juga perlu membenarkan atau melonggarkan syarat kemasukan rakyat kita ke negara mereka.” – BERNAMA

Tags: Covid-19ujian saringan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd