• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Dibuka Berperingkat Bermula 15 Julai

oleh
01/07/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelajar tingkatan satu hingga  empat dan pelajar kelas peralihan serta murid tahun lima dan  enam akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembukaan semula sekolah bagi murid tahun satu hingga empat pula adalah pada minggu berikutnya iaitu 22 Julai.

“Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM). 

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.

Katanya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam itu dilaksanakan secara berperingkat setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Mohd Radzi, semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan KPM termasuk pusat tuisyen, bahasa dan pusat perkembangan juga boleh dibuka semula pada 15 Julai.

Beliau juga memaklumkan keputusan penawaran kemasukan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ke tingkatan enam semester 1 tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal kementerian. Calon lepasan SPM terbabit juga akan mendaftar pada 15 Julai.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata KPM melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau kaedah lain yang bersesuaian sepanjang hampir empat bulan bagi memastikan lebih 5.7 juta pelajar yang tidak hadir sekolah ekoran pandemik COVID-19 dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan.

Bagaimanapun, beliau pihaknya sedar terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian kerana kaedah Home-Based Learning adalah sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, pelajar dan ibu bapa.

“Selain itu, ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad. Ini menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Home-Based Learning agak terhad jika dibandingkan dengan kaedah secara bersemuka,” katanya. – BERNAMA 

Tags: Covid-19SekolahSesi Persekolahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd