• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Calon BN Beri Isyarat Keupayaan PN Tadbir Negara

oleh
30/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini bakal memberi isyarat kepada rakyat mengenai keupayaan Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan parti yang mampu bekerjasama menjayakan agenda kebajikan rakyat dan kemajuan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PRK pada 4 Julai ini adalah pilihan raya pertama bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama PN.

Selaku Presiden BERSATU, beliau menyokong penuh calon yang diputuskan BN untuk bertanding pada PRK kali ini.

“Saya menyeru kepada 20,900 pengundi berdaftar di DUN Chini supaya keluar beramai-ramai dan memberikan sokongan padu kepada calon BN pada 4 Julai nanti.

“Pilihan anda bukan saja akan menentukan pembangunan dan masa depan negara tetapi juga membuka lembaran baharu kepada hala tuju politik di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook BERSATU, hari ini.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41 dan dua calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64 dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis dengan pecahan jantina membabitkan 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu. – BH Online

Tags: Barisan Nasionalperikatan nasionalPRK Chini
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka –  Takiyuddin

Parti Komponen PN Dilarang Kritik Sesama Sendiri Secara Terbuka – Takiyuddin

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan serta ahli parti komponennya supaya tidak membuat sebarang kritikan secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd