• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPP: Sudah Boleh Urut Kaki, Jangan Lupa SOP

oleh
27/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha mengekang penularan COVID-19 di Malaysia yang semakin menunjukkan perkembangan positif telah meyakinkan kerajaan untuk membenarkan lebih banyak sektor ekonomi kembali beroperasi.

Ini termasuk berita baik buat mereka yang telah lama memendam hasrat untuk ‘memanjakan’ diri di pusat spa, “wellness” dan urut kaki, anda boleh melakukannya mulai 1 Julai ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata semua premis berkenaan dibenarkan kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia mulai tarikh itu.

Antara SOPnya ialah hanya pekerja warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk bekerja di premis tersebut dan mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum dibenarkan beroperasi.

Selain itu, berita gembira buat pelajar sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar turut dinantikan susulan premis berkenaan turut dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nanti.

Sementara itu, turut dibenarkan dibuka semula ialah industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran (MICE) dan pameran pelancongan serta perdagangan mulai 1 Julai ini.

Ismail Sabri berkata, bagi industri MICE, hanya 250 orang dibenarkan pada satu-satu masa dan semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.

Memasuki hari ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, buat kali pertamanya kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 mencatat angka kurang 200 iaitu 191 kes.

Malah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi berita gembira bahawa kadar penyembuhan kes COVID-19 di Malaysia adalah antara yang tertinggi dalam kalangan negara anggota ASEAN iaitu 96.4 peratus.

Selain itu, kadar kematian COVID-19 di Malaysia juga antara yang paling rendah di seluruh dunia iaitu 1.41 peratus.

Dengan sifar kematian sejak 12 hari berturut-turut, semalam juga menyaksikan kes baharu harian telah mencapai satu angka selama empat hari berturut-turut mulai 23 Jun dengan merekodkan enam kes menjadikan jumlah kes positif 8,606 kes.

Malahan, kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara adalah kurang daripada lima kes bagi enam hari berturut-turut. 

Sekalung tahniah buat rakyat Malaysia yang sentiasa memberi kerjasama padu kepada pihak kerajaan dalam usaha kita sama-sama membendung penularan jangkitan COVID-19 sehingga mencapai situasi ini.

Namun, harus diingat bahawa peperangan menghadapi virus COVID-19 masih belum tamat dan rakyat perlu terus kekal berwaspada dan terus patuh kepada SOP supaya sasaran untuk kita mencapai sifar COVID-19 menjelang Julai ini dapat direalisasikan. – BERNAMA 

Tags: Covid-19Ekonomipusat spaurut kaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd