• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sedia Keluar PH Plus

oleh
23/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Plus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Malahan, kata Mahathir, beliau tidak akan lagi menghubungi PKR ataupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai soal kerjasama antara kedua-dua parti.

“Sebaliknya, saya akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah,” kata Mahathir ketika ditemu ramah oleh Sin Chew Daily.

Tegas Mahathir lagi, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana mendakwa Anwar tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin ada pilihan lain. DAP dan Amanah masih menyokong saya untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Mahathir, PH yang sebelum ini Pakatan Rakyat sudah lama menjadi parti pembangkang kerana gagal mengalahkan Barisan Nasional.

“Pada Pilihan Raya Umum 2008, 2013, mereka tidak dapat mengalahkan BN. Pada PRU14, saya bersama dengan mereka. PH pada masa itu mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu. Akhirnya PH menang. Sebelum ini, mereka gagal.

“Oleh itu, PH cukup jelas bahawa mereka perlukan undi Melayu. Mereka merasakan saya boleh memberikan undi Melayu kepada mereka kerana parti Bersatu adalah parti Melayu. Parti-parti lain adalah parti berbilang kaum, pengundi Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum,” katanya.

Mengenai pelawaan Anwar untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor, Mahathir dengan tegas menolaknya.

“Tidak, saya tidak akan menerima jawatan itu,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, daripada pengalamannya, beliau tahu tidak ada orang akan mengikut arahan yang diberikan oleh Menteri Mentor ini.

“Pengalaman lama saya ialah ketika saya cuba memberikan nasihat kepada Perdana Menteri, mereka enggan terima dan tidak mengikut arahan saya. Itulah apa yang dilakukan oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perdana Menteri mahu menunjukkan beliau mengawal segala-galanya. Semua pemikiran adalah daripada dia sendiri. Beliau mahu meninggalkan legasi politiknya. Dia tidak akan kata: legasi politik saya adalah datang daripada Mahathir.”

Pada Sabtu lalu, Anwar ketika ditemubual oleh Channel News Asia, memberitahu, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Mahathir selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri.

“Mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi ‘masalah’ jika hubungan antara beliau dan Mahathir kekal mesra,” kata Anwar dalam temu ramah itu. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanPerdana MenteriPH Plus
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd