• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peter Anthony Tak Mengaku Salah Subahat Kes Pecah Amanah

oleh
18/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini atas satu lagi pertuduhan bersubahat kes pecah amanah melibatkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15,545,400.

Peter membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Ia merupakan pertuduhan di bawah seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 409 kanun yang sama.

Peter didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 Julai 2014 dan 19 November 2015 di Beverly Hills Plaza, Jalan Bundusan, Penampang iaitu telah bersubahat dengan Michael Percius Ubu yang berperanan sebagai seorang ejen kepada RISDA dan atas kapasiti itu telah diamanahkan dengan kuasa ke atas harta iaitu wang berjumlah RM15,545,400, yang telah dibayar melalui cek Bank Muamalat ke dalam akaun Ambank milik Tetuan Michael Ubu & Co.

Bayaran itu merupakan bayaran 10 peratus daripada harga jualan bagi pembelian tanah ladang kelapa sawit seluas 6,768.688 ekar (2,739.191 hektar) di Sg Pinangah dan Sg Labau, Tongod, dan harta itu dengan curangnya dilepaskan, melanggar kontrak dengan RISDA dan kesalahan berkenaan adalah hasil persubahatan tertuduh.

Pada 11 Jun lepas Peter yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta yang juga berhubung pembelian tanah Risda.

Dalam kes itu, mahkamah telah membenarkan Peter diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin tempatan, serta dua syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sekali dalam dua bulan.

Terdahulu dalam prosiding itu, peguam yang mewakili Peter memohon agar pihak mahkamah mengguna pakai semula jaminan dan syarat tambahan yang dikenakan terhadap tertuduh dalam kes sebelum ini memandangkan kes berkenaan adalah berkaitan.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan untuk mengguna pakai jaminan terdahulu dan Peter hanya perlu menandatangani surat jaminan baharu serta sebutan semula kes berkenaan pada 4 Ogos ini, bersekali dengan kes terdahulu yang dihadapinya.

Pendakwaan dikendalikan oleh empat Timbalan Pendakwa Raya SPRM iaitu Mohamad Fadhly Mohamad Zambry, Nartiah F. Mirchelle Sambatan, Amin Fakri dan Mohd Faliq Basarudin manakala Peter diwakili empat peguam iaitu Dominic Chew, Datuk Douglas Lind, Martin Tommy dan Luke Ressa Balang.

Tags: pecah amanahPeter AnthonyrasuahSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd