• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Polis Ditahan Kes Lelaki Mati Terkena Tembakan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang koperal polis ditahan berhubung kes seorang lelaki mati akibat terkena tembakan di Kampung Guar Nenas, Gurun semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya.

Beliau berkata anggota polis berumur 30-an itu memaklumkan beliau telah melepaskan tembakan bertujuan memberi amaran kepada lelaki itu untuk memberhentikan motosikalnya yang disyaki dicuri daripada anggota polis itu.

“Bila mangsa ini memecut motor, dia (anggota polis) keluarkan sepucuk pistol, tembak ke arah bawah (untuk beri amaran) … melihat lelaki itu terus bergerak melarikan diri.

“Dia lapor kepada pegawai dia telah melepaskan tembakan, lepas itu dia balik ke pejabat untuk serah pistol dia guna untuk lepas tembakan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya anggota polis itu yang telah berkhidmat lebih 10 tahun ditahan pukul 7 malam semalam di Sungai Petani dan hari ini polis akan buat permohonan untuk meremannya untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kira-kira 1 tengah hari semalam, Balai Polis Gurun menerima laporan seorang lelaki ditemukan terbaring dengan kesan darah bersebelahan sebuah motosikal yang terbalik berdekatan kawasan kuari di Kampung Guar Nenas.

Mangsa yang tidak bekerja dan berumur lingkungan 30-an itu dihantar ke Hospital Sungai Petani dan disahkan meninggal dunia serta terdapat kesan tembakan pada badan.

Mohd Nashir berkata anggota polis itu memberitahu , sehari sebelum kejadian berlaku, motosikalnya hilang di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Gurun, dan berjumpa dengan bomoh untuk mengetahui siapa yang mencurinya.

“Bomoh itu kata dia boleh cari di kilang lama kawasan Guar Nenas. Kemudian pukul 11.15 pagi semalam, dia naik Kancil dengan isteri dan mak mentua dia pergi kilang tu. Bila sampai kat kilang dia tinggalkan kereta di tepi jalan, sementara itu dia pergi ke kawasan kilang lama untuk cari motor,” katanya.

Sejurus selepas itu, isteri anggota polis terbabit menelefon suaminya untuk memaklumkan terdapat seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dalam keadaan mencurigakan cuba mendekati mereka, malah di dalam raga motosikal itu terdapat sebilah parang, sebuah walkie talkie dan sebuah telefon.

Mohd Nashir berkata risau dengan keselamatan isteri dan mak mentuanya, anggota polis itu kembali ke keretanya dan pada masa yang sama melihat lelaki itu cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun dia (anggota polis) sempat tarik belakang baju mangsa tapi mangsa itu sempat memboloskan diri ke arah jalan besar di Kampung Guar Nenas (dan telah melepaskan tembakan amaran),” katanya.

Bagaimanapun, katanya mangsa tiada kaitan dengan kes kehilangan motosikal anggota polis itu. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd