• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Liu Mahu Anwar Jadi PM, Bukan Mahathir

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu berdiri teguh di belakang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu berkata, keputusan itu bagaimanapun adalah pendirian peribadi beliau dan bukan pendirian parti DAP yang diwakili.

Menurut Ronnie, beliau tidak bersetuju sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan, sebaliknya terus konsisten menyokong Anwar sebagai bakal pemimpin negara.

“Tidak setuju,” katanya ringkas ketika diajukan soalan adakah beliau menyokong sekiranya Dr Mahathir dilantik untuk menjadi calon Perdana Menteri kesembilan sambil menyatakan sokongan kepada Anwar.

Sebelum ini, Ronnie menyokong peralihan kuasa antara Dr Mahathir kepada Anwar ketika PH menjadi kerajaan pada Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai Reformis 98 di Ideal Convention Centre Shah Alam tahun lalu.

Itu bukan kali pertama Ronnie melakukan desakan secara terbuka, sebaliknya kerap memberi peringatan kepada kerajaan PH ketika itu agar segera menunaikan janji mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri.

Beliau ketika itu menyifatkan Anwar memainkan peranan utama sejurus selepas keluar UMNO dalam menyatukan PAS dan DAP supaya dapat menentang UMNO sekali gus menang besar pada pilihan raya lalu. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadpolitikRonnie liu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd