• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surau Di Pusat Beli-Belah, R&R, Dibuka Semula Esok

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan surau-surau di pusat beli-belah dan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dibuka semula bermula esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pembukaan ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, dan kepada mereka yang ingin menunaikan ibadat solat di surau-surau, perlulah mengamalkan disiplin diri dan jarakan sosial.

“Gerai-gerai di kawasan R&R juga dibenarkan untuk beroperasi,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas juga bersetuju untuk membenarkan restoran, gerai-gerai makan, semua perniagaan menjual makanan, kedai-kedai serbaneka dan runcit, untuk beroperasi sehingga 12 malam.

Namun begitu beliau berkata, adalah ditegaskan bahawa jarakan sosial dan amalan kebersihan diri, perlu diamalkan sentiasa.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula Zoo Negara dan zoo-zoo lain, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula esok sehingga 31 Ogos ini.

Menurutnya, ini kerana kerajaan telah menerima pembentangan mengenai SOP yang telah dibangunkan, pentadbiran zoo masing-masing.

Ketika ditanya mengenai pembukaan pusat seni, Ismail Sabri berkata, hal tersebut akan dibincang dan dibentangkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Khamis ini untuk keputusan selanjutya.

Tags: Covid-19geraisurau
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

AJK Surau Taman Seraya Buat 10 Laporan Polis Dakwaan ‘Gangguan’ Seorang Penduduk

24/04/2026
0

AMPANG – Isu melibatkan sebuah surau di Taman Seraya semakin tegang apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) surau terbabit membuat sebanyak 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd