• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekumpulan Pelarian Rohingya Mendarat Di Langkawi

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sekumpulan pelarian etnik Rohingya dipercayai mendarat dengan menaiki bot di Jeti Teluk Ewa di Langkawi pagi tadi.

Bot yang membawa kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu didapati berada di kawasan perairan berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, polis membuat sekatan jalan dan tidak membenarkan orang awam melalui jalan mengarah ke pantai Pasir Tengkorak kira-kira jam 3 petang.

“Saya ketika itu dalam perjalanan hendak mengutip siput, memang tak tahu apa-apa bila polis suruh berpatah balik.

“Masa tu, ada nampak juga bot polis di tengah laut, tapi tak syak lagi ada etnik Rohingya mendarat sampailah saya tengok berita di laman sosial,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, sebagai anak jati Langkawi, beliau sangat berharap pihak berkuasa meneruskan rondaan dengan lebih kerap.

“Negara kita akan memasuki fasa pemulihan pandemik koronavirus (Covid-19), kita tidak mahu kemasukan mereka ini akan meningkatkan penularan wabak ini,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan video yang tular di laman sosial, terdapat lima buah trak polis yang mengangkut PATI berkenaan untuk dibawa ke pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Bukit Malut.

Video viral yang dimaksudkan

Difahamkan, etnik Rohingya masuk di jeti berhampiran kilang simen dengan sebuah bot besar dan jumlah sebenar mereka belum diketahui sehingga kini. – Sinar Harian

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/etnik-rohingya-hina-orang-melayu-menetap-di-as/
Tags: Etnik RohingyaLangkawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd