• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambung Semula Perkhidmatan Pekerja Kontrak – Cuepacs

oleh AK-47
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menyambung semula perkhidmatan kesemua 603 orang pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan yang telah tamat dan akan tamat tempoh kontrak.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata difahamkan daripada jumlah itu, 265 orang telah tamat kontrak perkhidmatan, manakala 338 orang lagi akan tamat dalam tempoh masa terdekat.

Beliau berkata Cuepacs menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan yang memaklumkan kebimbangan kontrak mereka tidak akan disambung walaupun mereka menunjukkan mutu kerja yang baik.

“Sehubungan itu, Cuepacs merayu kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kesemua pekerja kontrak terutamanya yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum ini, diambil semula bekerja, manakala mereka yang kontraknya akan tamat disambung semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata pekerja kontrak juga adalah penjawat awam dan rata-rata mereka ada yang telah berkhidmat lima hingga sepuluh tahun, dan sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan serta jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu, maka tidak salah jika kontrak mereka disambung lagi.

Beliau berkata pekerja-pekerja kontrak yang terlibat tidak perlu dibuang tetapi penggunaan sumber manusia perlu disusun atau dinilai semula dengan menempatkan mereka-mereka itu di kementerian atau agensi yang kritikal.

Katanya, usaha itu bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran, malah membolehkan kementerian dan agensi yang kritikal dapat berfungsi dengan lebih baik bagi membantu kerajaan menjayakan pakej-pakej rangsangan menjana semula ekonomi negara.

“Apatah lagi negara ketika ini telah memasuki tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), maka wajarlah kontrak mereka disambung semula bagi membantu kerajaan memberikan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat serta melaksanakan pelan pemulihan ekonomi negara

“Cuepacs berharap kerajaan tidak menjadikan pekerja kontrak sebagai mangsa selepas ramai kehilangan pekerjaan dalam tempoh PKP sebelum ini… belalah nasib mereka,” katanya.

— BERNAMA

Tags: CuepacsPekerja Kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd