• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Wujud Pasukan Petugas ‘Pendidikan Rukun Negara’

oleh Cj Mnh
16/06/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi menyediakan kandungan dan program jangka panjang ‘Pendidikan Rukun Negara’ akan di bawa ke Kabinet untuk kelulusan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, hasil perbincangan pihaknya pada 4 Jun lepas bersetuju bahawa pasukan itu akan diketuai oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Tujuannya ialah supaya Rukun Negara diserapkan secara formal dan tidak formal, dan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan medium, agar ia benar-benar dijiwai dalam hati secara berkekalan dan berkesan.

“Semua ini adalah dengan matlamat untuk memperbaharui komitmen dan meningkatkan penghayatan Rukun Negara, termasuklah kefahaman terhadap kepentingan dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menjelas lanjut, Saifuddin berkata pihaknya turut mencadangkan beberapa aktiviti bagi Program Khas Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2020 yang akan dibawa ke kabinet untuk kelulusan.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, Saifuddin turut menekankan peranan Ketua Utama Negara Malaysia itu sebagai payung perpaduan rakyat.

Katanya, pengisytiharan Rukun Negara oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah pada 31 Ogos 1970 telah menyelamatkan negara dengan cara memupuk kembali perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ia susulan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia, katanya.

Tags: Pendidikanrukun negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd