• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Turki Sedia Kerjasama Bangunkan Vaksin Covid-19

oleh
29/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki dalam membangunkan vaksin dan ubat-ubatan berkaitan koronavirus (Covid-19), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam, memaklumkan kedua-dua pemimpin negara itu turut bersepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi penularan pandemik dan pasca Covid-19.

“Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki. Saya menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia atas bilangan kes dan jumlah kematian yang tinggi akibat Covid-19 yang direkodkan di Turki.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Saya juga berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani Covid-19, antaranya, pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyaksikan jumlah jangkitan dan kematian semakin menurun manakala kadar pemulihan kini melebihi 80 peratus,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah memperkasa hubungan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan tinggi, perubatan dan teknologi pertahanan turut dibincangkan bersama Erdogan.

Beliau berkata, Erdogan juga membangkitkan peranan besar Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, dan Turki menyeru agar Malaysia terus aktif di persada antarabangsa, antaranya, menolak sekeras-kerasnya tindakan unilateral oleh Israel ke atas Palestin termasuk merampas tanah milik rakyat Palestin.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan mana-mana negara yang mempunyai objektif yang sama iaitu menyokong rakyat Palestin untuk bebas daripada penjajahan Israel dan merealisasikan aspirasi sebuah negara Palestin yang bebas.

“Kami akhiri perbualan kira-kira 30 minit itu dengan sepakat bahawa semua inisiatif kerjasama dua hala harus disambung semula sebaik pandemik Covid-19 berakhir,” katanya bahawa mereka turut mengucapkan salam Aidilfitri, dalam perbualan tersebut.

Tags: Covid-19koronavirusTurkiUbat-ubatanVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Mabuk Mengaku Tak Bersalah Langgar Penjaja

Next Post

ADUN Selat Kelang Dikompaun RM1,000

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

ADUN Selat Kelang Dikompaun RM1,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd