• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Jangkitan COVID-19 Pada 9 Jun Jadi Penentu

oleh
29/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar jangkitan baharu COVID-19 pada 9 Jun ini bakal menjadi penentu kerajaan menggubal sebarang mekanisme perintah kawalan baharu dan memberikan kelonggaran kepada sektor lain untuk beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar kes semasa wabak itu pada ketika ini menepati unjuran dan model dirangka Kementerian Kesihatan (KKM), terutama dalam mencatatkan penurunan kes kepada dua serta satu angka.

Beliau berkata, keberkesanan penularan dikawal melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu bagaimanapun tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama semua pihak, termasuk masyarakat yang sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Jika hendak melihat kepada model dan unjuran, pastinya kita sudah melakukan yang terbaik. Malah, unjuran kita sebelum ini menyatakan bahawa Malaysia akan mencapai satu angka.

“Hari ini, apa yang lebih penting ialah kita berjaya menukar strategi daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kepada PKPB. Selepas 25 hari, iaitu sejak 4 Mei lalu, kejayaan PKPB mula menampakkan kesan meskipun pelbagai kelonggaran diberikan.

“Perkara ini bukan saja bergantung pada KKM dan kerajaan tetapi juga memerlukan kerjasama awam kerana tanpa ia, pengurangan kes baharu tidak mungkin dapat dilakukan.

“Persoalannya sekarang ialah bila kita hendak meningkatkan kaedah kawalan atau menukar strategi.

“Namun, penekanan kini terarah kepada kes daripada musim perayaan yang bakal menyaksikan sama ada kadar kes baharu seperti ini dapat dikekalkan pada satu atau dua angka menjelang 9 Jun,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan bersyaratSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd