• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dilantik Penasihat Ekonomi, Berita Palsu – PMO

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan beberapa blog sehingga tular di media sosial berhubung pelantikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat ekonomi kerajaan.

Perkara itu diberitahu dalam kenyataan pemakluman berita palsu yang dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam.

PMO menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagi jawatan yang digembar-gemburkan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan kesahihan artikel bertajuk ‘Najib sebagai penasihat ekonomi, bukan menteri kewangan atau Perdana Menteri’ seperti yang tular di media sosial.

“PMO menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel itu,” kata kenyataan itu.

Sebuah blog pada 22 Mei lalu menyiarkan artikel yang kelihatan seperti melobi Najib untuk jawatan itu.

Menurut artikel itu, ada pihak tertentu yang memohon dan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya melantik Najib ke jawatan penasihat bagi merancakkan semula ekonomi negara yang dilanda wabak COVID-19.

Merujuk pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) yang pernah melantik tokoh veteran sebagai penasihat, artikel itu mencadangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencontohi konsep itu dengan menjadikan Najib sebagai penasihat ekonomi negara.

Memetik netizen yang tidak disebutkan nama, artikel itu juga menyatakan tidak ada keperluan menukar perdana menteri dan menteri kewangan kerana jawatan ini berada “di tangan yang betul” dan tidak sesuai untuk Najib.

Najib, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2009 hingga 2018 dan menteri kewangan dari 2008 hingga 2018, sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

BN tumbang pada pilihan raya umum 2018 tetapi kembali menjadi sebahagian pihak yang membentuk kerajaan pada Mac lalu susulan BERSATU memutuskan keluar PH serta disertai beberapa Ahli Parlimen PKR. – BH Online

Tags: Najib Tun Razakpenasihat ekonomiperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd