• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Penghantar Makanan Tak Mengaku Salah Merusuh

oleh
27/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai enam penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan pada Isnin minggu lalu.

Kesemua tertuduh, Muhammad Hafiz Yusnan, 21; Muhamad Izzat Abd Bari, 22; Mohd Syukri Achyar, 39; Wan Hafizie Wan Hanapi, 28; S Jaya Nantha Kumaran, 31; dan Amirul Zahari Zailani, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama 10 individu yang masih bebas didapati melakukan rusuhan di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong pada jam 6.20 petang, 18 Mei lalu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim mencadangkan ikat jamin bagi setiap tertuduh sebanyak RM 5,000.

Bagaimanapun kesemua tertuduh merayu, kadar jaminan paling minima kerana tidak berkemampuan.

Nor Ariffin menawarkan RM 2,500 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 13 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Minggu lalu, satu video berdurasi 58 saat tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menendang seorang wanita yang juga penghantar makanan di Bandar Puteri, Puchong.

Susulan kejadian itu, beberapa penghantar makanan dilihat berkumpul di hadapan premis terbabit bagi menunjukkan protes. – Sinar Harian

Tags: MerusuhPenghantar makananwanita ditendang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

29/11/2024
0

BALIK PULAU - Seramai 18 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd