• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Sahkan Muhyiddin Kini Pemangku Pengerusi Bersatu

oleh
20/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya, RoS telah mengambil maklum mengenai peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat bertarikh 24 Februari 2020 yang berkuatkuasa serta-merta.

Sehubungan itu, dengan peletakan jawatan tersebut, Presiden Bersatu berhak memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan selaras dengan Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Berdasarkan dokumen yang dikemukakan iaitu surat peletakan jawatan Pengerusi, RoS mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu adalah sah.

“Pemangkuan jawatan Pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, Presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuatkuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan Pengerusi baharu,” menurut surat bertarikh 5 Mei lalu itu

Berdasarkan Fasal 16.9, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu mengikut fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2.

Dalam pada itu, RoS dalam satu kenyataan mengesahkan tentang surat tersebut kepada Bersatu.

“Merujuk kepada pertanyaan pihak media mengenai salinan surat daripada JPPM bertarikh 5 Mei 2020, JPPM ingin mengesahkan surat tersebut adalah daripada JPPM bagi menjawab surat daripada Parti Bersatu,” katanya.

Tags: BERSATUMahathir MohamadMuhyiddin YassinROS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

BERSATU Parti Masa Depan, Akan Terus Perjuang ‘Politics Of Hope’ – Azmin

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan parti itu adalah parti...

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd