• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Di China Hasilkan Ubat COVID-19 Tanpa Vaksin

oleh
19/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin.

Wabak yang buat pertama kali muncul di republik itu pada penghujung tahun lalu, sebelum merebak ke seluruh dunia, mendorong perlumbaan antarabangsa dengan matlamat mencari rawatan dan vaksin.

Ubat berkenaan diuji oleh saintis di Universiti Peking, China bukan hanya memendekkan tempoh masa penyembuhan, malah ‘menawarkan’ imuniti jangka pendek daripada dijangkiti virus itu, demikian menurut penyelidik.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing, Sunney Xie, pula berkata ubat berkenaan berjaya di peringkat ujian ke atas haiwan.

“Apabila kami menyuntik antibodi peneutralan pada tikut yang dijangkiti, setelah lima hari kadar viral dikurangkan dengan faktor 2,500.

“Ini bermakna ubat ini berpotensi dan mempunyai kesan terapeutik,” katanya.

Ubat itu menggunakan antibodi peneutralan yang dihasilkan sistem imun manusia untuk menghalang virus daripada menjangkiti sel yang mana kumpulan Xie mengasing daripada darah dalam kalangan 60 pesakit pulih.

Kajian penyelidikan kumpulan terbabit diterbitkan pada Ahad lalu, dalam jurnal sel saintifik, mencadangkan penggunaan antibodi membekalkan potensi ‘penawar’ untuk penyakit selain memendekkan masa penyembuhan.

Menurut Xie, beliau bersama kumpulannya bekerja siang malam semata-mata mahu mencari antibodi dengan harapan ubat itu boleh bersedia digunakan kelak pada tahun ini.

“Kami sedang merancang untuk menjalankan ujian klinik dan dijalankan di Australia serta negara lain sejak kes di China berkurangan.

“Harapan terhadap antibodi peneutralan ini dapat menjadi ubat pakar yang boleh menghentikan pandemik ini,” katanya.

Menggunakan antibodi sebagai ubat rawatan bukanlah pendekatan baharu kerana ia berjaya merawat beberapa virus lain seperti HIV, Ebola dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). – Agensi

Tags: ChinaCovid-19ubatVaksin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd