• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tak Terbabit Keputusan Bebaskan Riza Aziz

oleh
18/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak terbabit dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Datuk Seri Najib Razak daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan sebaliknya menjelaskan keputusan itu dicapai bersandarkan persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara.

“Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini, termasuk kes-kes berprofil tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Media sebelum ini melaporkan Riza dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Menerusi persetujuan representasi itu, Malaysia dijangka menerima aset luar negara bernilai RM465.3 juta (AS$107.3 juta).

Bagaimanapun, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam satu kenyataan menafikan beliau terbabit dalam isu melepaskan tanpa membebaskan Riza daripada pertuduhan.

Tommy turut menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini bahawa beliau yang membuat pertimbangan dan memberikan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan Riza.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, semalam pula dilaporkan berkata Tommy secara prinsip bersetuju dengan cadangan representasi bagi mengkaji semula pertuduhan berhubung pengubahan wang haram terhadap Riza.

Idrus menjelaskan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram selepas berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, turut mencadangkan supaya cadangan dalam representasi berkenaan diterima oleh SPRM. – BH Online

Tags: 1MDBMuhyiddin Yassinriza aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd