• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada ‘Laporan Misteri’ MH370 – Kedutaan Indonesia

oleh AK-47
17/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kedutaan Indonesia hari ini menafikan Ketua Polis republik itu Jeneral Sutarman ada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa kononnya polis Indonesia dan Malaysia mengetahui punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Atase Polis, Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Aby Nursetyanto berkata laporan berita Indonesia dikeluarkan melalui Tempo.co dua hari lepas merupakan kesimpulan yang dibuat sendiri oleh media berkenaan.

“Penulis (berita) itu akan dipanggil Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) untuk memberi penjelasan sekiranya perlu dan sekiranya ia gagal menunjukkan sebarang bukti, tindakan akan diambil,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Laporan berita Indonesia, Tempo.co, dua hari lepas memetik Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan Polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Susulan laporan itu, polis Malaysia menafikan laporan media Indonesia itu bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat berkenaan, yang masih menjadi misteri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Usaha mencari pesawat MH370 masih diteruskan. – Bernama

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd