• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daerah Gombak Bebas Zon Merah COVID-19

oleh
13/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Selangor bertambah baik apabila daerah Gombak yang sebelum ini berada di zon merah sudah bertukar ke zon kuning, semalam.

Penurunan kes aktif di daerah Gombak itu, sekaligus menjadikan Petaling satu-satunya daerah yang masih berada dalam zon merah dengan 61 kes aktif.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web menteri besar, amirudinshari.com, Gombak merekodkan 35 kes aktif sehingga jam 12 tengah hari, semalam berbanding 55 kes kelmarin dan secara keseluruhan, daerah berkenaan merekodkan 234 kes jangkitan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Selain itu, Selangor turut merekodkan zon merah sifar di peringkat mukim apabila mukim Batu yang berada di zon itu kelmarin mengalami penurunan kes aktif dan kini tergolong dalam zon kuning.

“Hari ini, Mukim Batu sudah bertambah baik daripada zon merah (49 kes aktif) kepada zon kuning (29 kes aktif) yang menjadikan Selangor tiada langsung mukim zon merah pada hari ini.

“Perkembangan ini juga mempengaruhi Daerah Gombak yang mana ia turut bertambah baik kepada daerah zon kuning. Hal ini menjadikan Selangor sekali lagi mencatatkan satu saja daerah berstatus zon merah iaitu Petaling.

“Mukim Hujung Permatang juga bersih daripada kes aktif yang menjadikannya berstatus zon hijau. Tahniah buat semua warga Selangor!,” katanya.

Sementara itu, sebanyak tiga kes baharu dilaporkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhannya bertambah kepada 1,610.

“Graf kes baharu kelihatan sudah dilandaikan dengan taburan data kesyang stabil rendah namun perlu diingatkan bahawa virus COVID-19 masih wujud di sekeliling kita.

“Pembawa virus yang tidak bersimptom (asymptomatic) masih lagi ancaman buat kita justeru warga Selangor masih lagi tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD),” katanya.

Berdasarkan info grafik yang dikongsi, daerah Kuala Langat masih memegang status zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dikesan sejak Khamis lalu.

Lima daerah lain yang masih berada dalam zon kuning adalah Hulu Langat (31), Klang (11), Kuala Selangor (3), Hulu Selangor (9), Sepang (1) dan Sabak Bernam (1).

Sehingga kini, terdapat sebanyak 152 kes aktif, 1,359 kes sembuh dan 21 kematian direkodkan di Selangor. – BH Online

Tags: Covid-19GOMBAKselangorZon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd