• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Hari Jururawat

oleh
12/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di negara ini.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua amat menyanjung tinggi perjuangan jururawat atas jasa bakti dan sumbangan mereka kepada keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Menurut kenyataan itu, khidmat dan pengorbanan tanpa mengira masa dan penat lelah, yang dihulur oleh jururawat sebagai benteng utama bersama petugas barisan hadapan yang lain dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda berdua.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Seri Paduka Baginda amat menghargai komitmen dan dedikasi tinggi jururawat dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas merawat pesakit.

“Jururawat adalah antara aset yang sangat penting bagi Kementerian Kesihatan dan negara. Syabas dan terima kasih atas perkhidmatan kesihatan dan jasa khidmat kepada masyarakat. Anda semua wira dan wirawati kami!,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram Istana Negara hari ini.

Sementara itu, dalam satu video berdurasi 2.27 minit, Raja Permaisuri Agong bertitah baginda amat menghargai pengorbanan semua jururawat yang sanggup mengetepikan nyawa sendiri demi membantu individu yang dijangkiti COVID-19.

Baginda turut mendoakan semoga Allah SWT membalas jasa semua jururawat yang telah memberi perkhidmatan yang begitu ikhlas kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya tabik kepada semua nurses yang jalankan tugas begitu berat ini, tidak kira kesihatan mereka sendiri. Saya doa semoga anda semua sihat walafiat tidak dijangkiti dan sama-sama kita mainkan peranan menghentikan rantaian COVID-19 ini,” titah baginda.

Pada akhir video berkenaan, Tunku Azizah turut mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua barisan hadapan yang beragama Islam.

Tags: hari jururawat seduniaRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd