• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Raya Tak Boleh Paksa Pelanggan Pakai Pelitup Muka

oleh
08/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang sendiri, menghalang orang ramai yang tidak memakai pelitup muka daripada memasuki premis mereka.

Beliau berkata demikian bagi mengulas aduan sesetengah pihak yang mendakwa, pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk sekiranya tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemakaian pelitup muka bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Berikutan itu, katanya, tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai pelitup muka dan pengurusan mana-mana premis perniagaan tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

“Saya berharap pasar raya atau kedai tidak mengambil undang-undang sendiri dengan mengenakan sesuatu halangan yang bertentangan dengan peruntukan serta peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Tidak boleh halau dan paksa pelanggan balik rumah dulu. Ini tidak boleh kerana bertentangan dengan akta itu,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.

Bagi mengelakkan pelanggan pulang dengan tangan kosong kerana tiada pelitup muka, beliau memminta pengurusan pasar raya dan kedai menjual bahan berkenaan kepada pengguna di pintu masuk.

“Saya mencadangkan pasar raya letakkan (pelitup muka) di luar dan jual jika itu diperlukan dan ditetapkan kepada pelanggan mereka, tetapi perlu diingatkan pemakaian topeng muka tidak wajib dan tiada dalam peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas aduan sesetengah pihak yang mendakwa, ada pengurusan pasar raya tidak membenarkan pelanggan masuk sekiranya tidak memakai pelitup muka. – BH Online

Tags: Covid-19pasar rayapelangganpelitup muka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

11/10/2025
0

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd