• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tumpu Lokaliti, Kluster Dalam PKPB

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pendekatan kerajaan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah dengan memberikan tumpuan berdasarkan lokaliti dan kluster.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang kerajaan telah mengenalpasti perkara tersebut dan akan memberikan tumpuan khusus terhadap kawasan dan lokaliti.

“Sebagai contoh dalam kluster pekerja asing di tapak pembinaan, kita memberikan fokus kepada kumpulan ini dengan menjejak kontak kepada individu positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan berkaitan status Petaling yang kembali menjadi kawasan merah selepas sebelum ini bertukar kepada kuning.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kawasan tersebut sememangnya dianggap sebagai kawasan merah kerana dua kawasan iaitu Seri Petaling dan Lembah Pantai yang mempunyai kes agak tinggi.

“Tumpuan kita sekarang bukan lagi seperti dahulu dengan memberikan tumpuan menyeluruh kepada kawasan Petaling sebaliknya kawasan bersasar yang telah dikenal pasti.

“Sekarang ini di dua kawasan iaitu Selayang dan Chow Kit, kita laksanakan PKP secara pentadbiran dan jika terdapat kawasan yang secara tiba-tiba naik mendadak, kita akan laksanakan perintah itu atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Tags: Covid-19klusterperintah kawalan pergerakan bersyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd