• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukar Urus Pejabat, Peribadi Ketika Kerja Dari Rumah

oleh
06/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian oleh syarikat keselamatan siber dunia, Kaspersky, mendedahkan beberapa dapatan menarik apabila pekerja menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran profesional baharu di rumah, susulan pandemik COVID-19.

Dalam laporan bertajuk “How COVID-19 changed the way people work” memaklumkan, 55 peratus pekerja berkata mereka kini membaca lebih banyak berita sejak mula bekerja dari rumah untuk terus dikemas kini dengan perkembangan terbaharu COVID-19.

Bagaimanapun, 60 peratus daripada aktiviti ini dilakukan pada peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja yang berkemungkinan terdedah kepada jangkitan perisian berbahaya, sekiranya pekerja tidak menumpukan perhatian kepada sumber dan laman web yang dilawati mereka, menurut sinopsis laporan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Juga separuh (51 peratus) daripada mereka yang bekerja dari rumah mula menonton lebih banyak kandungan mengenai orang dewasa dan mengaku mengguna peralatan sama yang digunakan untuk tujuan kerja.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat Kaspersky, Andrey Evdokimov, berkata ini jelas menunjukkan bahawa pertubuhan tidak perlu memenuhi semua permintaan pengguna seperti membenarkan petugas menggunakan sebarang perkhidmatan mengikut sesuka hati dan adalah perlu mencari satu keseimbangan antara keselesaan pengguna, keperluan perniagaan dan keselamatan.

“Sebuah syarikat perlu menyediakan akses kepada perkhidmatan berdasarkan prinsip hanya perbekalan minimum, keistimewaan yang diperlukan, pelaksanaan VPN, dan menggunakan keselamatan dan sistem korporat yang diluluskan. Jenis perisian seumpama mungkin mempunyai beberapa batasan yang mengurangkan sedikit kebolehgunaan,” katanya.

Kaspersky mencadangkan pekerja mematuhi beberapa langkah seperti jadual latihan kesedaran keselamatan asas untuk pekerja, memastikan peranti, perisian, aplikasi dan perkhidmatan sentiasa dikemaskini dengan yang terkini dan disertakan dengan perisian perlindungan yang dijamin seperti Kaspersky Endpoint Security Cloud, pada semua titik akhir termasuk peranti mudah alih dan firewall.

Pekerja juga didapati meningkatkan tabiat menggunakan akaun peribadi mereka untuk tujuan bekerja – meningkatkan potensi risiko daripada bayangan IT, termasuk pendedahan kepada maklumat sensitif.

Contohnya, 42 peratus pekerja menggunakan akaun emel peribadi untuk perkara berhubung kerja, dan 49 peratus mengaku penggunaannya meningkat apabila bekerja dari rumah. Sebanyak 38 peratus menggunakan mesej peribadi yang tidak pernah diluluskan oleh jabatan IT mereka, dengan 60 peratus daripada mereka melakukannya lebih kerap dalam persekitaran baharu mereka.

Kajian itu dikendalikan oleh agensi penyelidikan Toluna di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, Sweden, Russia, Mexico, Brazil dan Colombia, dan tindak balas tinjauan dikumpulkan dari 9-18 April, 2020. Seramai 6,017 responden, pekerja sepenuh masa atau separuh masa, terlibat dalam kajian itu di seluruh negara berkenaan.

Tags: bekerja dari rumahpandemik COVID-19pekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd