• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

180 Positif Membabitkan Kluster Pasar Borong

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 180 kes positif Covid-19 membabitkan kluster Pusat Bandar Utara dan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 100 kes di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan 80 kes dikesan di luar kawasan PKPD.

“PKPD di beberapa lokaliti di Pusat Bandar Utara dan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) ditamatkan semalam bagaimanapun Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F di Pusat Bandar Utara dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 12 Mei ini.

“Jumlah keseluruhan ini termasuk peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini serta terdapat satu kes kematian dalam kluster ini, iaitu kes ke-5,252,” katanya pada sidang media harian hari ini.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurutnya, kluster Pasar Borong Kuala Lumpur didapati berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling iaitu kes indeks ke-3039 apabila salah seorang peserta perhimpunan terbabit dikesan positif virus itu.

“Daripada 80 kes dikesan di luar kawasan PKPD Pasar Borong Kuala Lumpur, 29 kes dikesan melalui saringan dijalankan di empat pasar awam iaitu di Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan seramai 75 orang disaring dan tiga daripadanya positif Covid-19 manakala seorang lagi masih menunggu keputusan.

“Selain itu, di Pasar Besar Bahau, Negeri Sembilan seramai 182 orang disaring dan dua daripadanya dikesan positif manakala dua lagi masih menunggu keputusan dan begitu juga di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor (545 disaring, 23 positif),” katanya.

Menurutnya, seramai 142 orang disaring di Pasar Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor dan seorang disahkan positif.

“Susulan penularan jangkitan Covid-19 ini, beberapa tindakan dan langkah pencegahan diambil termasuk peniaga atau pemborong yang ingin berniaga atau masuk ke premis Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki menjalankan ujian dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19.

“Malah, KKM dengan bantuan agensi berkaitan mengenalpasti beberapa pasar harian yang berkaitan atau mempunyai peniaga yang banyak berurusan dengan DBKL.

“Pejabat Kesihatan Daerah dimaklumkan untuk menjalankan penilaian risiko jangkitan Covid-19 ke atas peniaga yang ke pasar terbabit mereka perlu menjalankan saringan gejala ke atas peniaga dan mengambil ujian pengesanan (rRT-PCR) kepada mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan,” katanya.

Noor Hisham berkata, bagi mereka yang tidak bergejala dan tiada sampel diambil, mereka perlu memantau kesihatan diri dengan menggunakan Home Assessment Tool dan segera memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya mempunyai gejala.

“Selain itu, semua majikan dan pekerja dinasihatkan untuk membiasakan dan mempraktikkan normal baharu dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat terus dibendung.

“Ini adalah amat penting sekali supaya semua usaha yang dijalankan selama ini dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 adalah berterusan berkesan.

“Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa berdasarkan sektor masing- masing,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19klusterpasar borongPKPD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd