• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Selar Nasihat WHO Ketepikan Minyak Sawit

oleh
05/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat.

Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit – minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan.

Tindak-tanduk WHO membabitkan minyak sawit sebelum ini juga telah mengundang kecaman hebat kerana membuat dakwaan tidak berasas serta tidak lengkap yang memperlekeh minyak sawit.

Daripada bertindak sewajarnya menghasilkan nasihat atau panduan mengenai pandemik yang menular dengan cepat, WHO sebaliknya mengetengahkan maklumat standard seperti memakan diet rendah lemak, elakkan gula, daging merah dan yang diperoses dan tidak mengambil hasil tenusu kaya lemak.

“Adalah jelas ia tidak banyak menumpukan isu yang ketara pada masa ini dan berkaitan langsung dengan pandemik itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram dan Profesor Madya Jabatan Sains Pemakanan dan Nutrisi Wayne State University Amerika Syarikat, Dr Pramod Khosla, ketika mengulas nasihat WHO berkenaan.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Menurut mereka, pandemik itu menyebabkan impak seperti pelaksanaan sekatan pergerakan, rantaian bekalan terjejas, pendapatan isi rumah merosot, pasaran dan kedai tidak menerima bekalan sebagaimana ditetapkan, aktiviti pertanian dihentikan di kebanyakan operasi manakala akses terhadap makanan menjadi sukar.

Pandemik itu memerlukan idea pengurusan kesihatan berbeza tetapi WHO sebaliknya terus mempraktikkan hebahan pesanan ‘lapuk’ yang tiada manfaat untuk sebahagian besar individu terutamanya negara-negara yang bergelut menangani COVID-19 dan menjejaskan kehidupan seharian.

Manfaat nutrisi secara menyeluruh memerlukan pengambilan optimum makronutrien (lemak, protein dan karbohidrat selain mikronutrien (vitamin dan mineral).

Bagi COVID-19, individu yang mengalami masalah kesihatan sedia ada (penyakit jantung, diabetes, hypertensi, HIV/AIDS) dan/atau sistem imun terjejas, lebih berisiko tinggi terhadap jangkitan itu, kata mereka.

“Rantau Asia khususnya amat penting kerana ia menempatkan kedua-dua pengeluar terbesar (Malaysia dan Indonesia) dan pengguna terbesar minyak sawit (benua kecil India, China, ASEAN dan Afrika).”

Menurut mereka, walaupun impak COVID-19 terhadap pengeluaran tempatan, pengedaran dan eksport semasanya sentiasa berubah, sebarang impak semasa pandemik yang berterusan akan menyebabkan minyak sawit semakin penting dari segi fungsi serta kemampuannya.

Sehubungan itu, mempunyai sektor minyak sawit yang berdaya maju menjadi lebih penting bagi memenuhi permintaan nutrisi global pada tempoh pasca pandemik itu.

Mereka berkata, di negara maju, khususnya yang mana pengambilan kalori melebihi keperluan tubuh dan penyakit kronik menjadi isu utama kesihatan, menyaksikan fokus agensi kesihatan umum sebelum timbulnya penyakit itu adalah pengambilan lemak trans dan tepu.

Peranan negatif lemak trans adalah meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang telah terbukti dan menyaksikan pihak berkuasa kesihatan menyekat penggunaannya.

“Sumber utama lemak trans adalah minyak sayuran hidrogenasi separa yang dihasilkan secara industri. Ini diperlukan untuk menyediakan sumber lemak ‘padat’ yang membolehkan formulasi pelbagai makanan yang dibakar.

“Pada masa ini, label nutrisi makanan perlu menyenaraikan kandungan lemak trans dan/atau kandungan minyak sayuran hidrogenasi sebahagian yang membolehkan pengguna meminimumkan penggunaan makanan itu,” kata mereka.

Walaupun terdapat bukti bahawa manfaat kesihatan Omega-3 kaya lemak, semakin banyak perbincangan menyentuh lemak Omega-6 terutamanya jika digunakan bagi tujuan menggoreng dengan minyak yang banyak dan ini termasuk minyak jagung, soya, bunga matahari dan biji sesawi.

Oleh itu, impak terhadap kesihatan jantung berkemungkinan berlaku walaupun terdapat perubahan berfaedah dalam paras kolesterol darah.

Selain itu, mereka berkata tiada satu pun sumber lemak yang tepu, mono atau politaktepu – konsep mudah dengan mengimbangi jenis-jenis lemak ini yang wujud dalam kebanyakan panduan pemakanan.

“Walaupun keperluan segera membendung COVID-19 adalah pelaksanaan langkah pelbagai wilayah untuk melandaikan lekuk (jangkitan) pandemik itu, pelbagai sektor ekonomi akan kembali berjalan secara dalam talian.

“Tumpuan itu akan beralih kepada kesihatan jangka panjang populasi global dan peranan minyak sawit memenuhi keperluan pemakanan sekali lagi menjadi tumpuan yang memerlukan usaha secara kolektif untuk menyelaras pengeluaran, pengedaran dan penghantaran.

“Minyak sawit Malaysia sudah bersedia bagi cabaran sedemikian!” kata mereka.

Tags: Covid-19minyak sawitwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd