• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zon Merah COVID-19 Menurun Kepada 8 Daerah

oleh
02/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lapan daerah di negara ini masih berada dalam kategori zon merah penularan COVID-19.

Jumlah terbabit menurun berbanding sebelum ini merekodkan 30 daerah pandemik itu di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Zon Hijau kini meningkat kepada 91 kawasan, manakala Zon Kuning adalah 58 kawasan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan lapan zon merah yang ada ialah Lembah Pantai dengan 258 kes aktif, Kepong (84), Titiwangsa (74), Hulu Langat (50), Johor Bahru (46) dan Kluang (70).

Selain itu, di Sarawak masih ada dua kawasan yang dikategorikan zon merah iaitu di Kuching yang masih mencatatkan 143 kes aktif serta Kota Samarahan sebanyak 54 kes aktif.

Bagi kawasan yang dahulunya dikategorikan sebagai zon merah, kini dilihat beransur pulih dan ditukarkan ke zon kunin kerana pengurangan jumlah pesakit aktif COVID-19 di kawasan masing-masing.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan kini sudah bebas dari kawasan penularan COVID-19 dan dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif di semua daerahnya.

Malaysia kini mencatatkan sebanyak 6,071 kes COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 1,758 kes yang masih aktif. Setakat ini, negara ini sudah mencatatkan sebanyak 103 kematian disebabkan virus berkenaan. – BH Online

Tags: Covid-19Zon Merah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd