WASHINGTON – Kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatifnya kini melepasi 3.17 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Turut dilaporkan, terdapat tujuh negara mencatatkan angka kes positif melepasi 100,00 kes dengan Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dan diikuti oleh Sepanyol.
Bahkan, menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti John Hopkins, penduduk yang didapati positif COVID-19 di AS, setakat ini berjumlah 1.03 juta kes dengan setakat ini tidak ada tanda-tanda penurunan akan berlaku di negara itu.
Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516
Sementara itu, Itali yang mencatatkan jumlah kumulatif kes sebanyak 203,000 turut menyaksikan pertambahan sebanyak 2,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Dalam keadaan Itali berada di tangga ketiga di dunia dengan kes positif COVID-19 melepasi 200,000 kes, kerajaannya mengumumkan akan menarik balik sekatan pergerakan di negara itu secara berperingkat.
Selepas Itali, Perancis adalah negara keempat dengan kes positif COVID-19 tertinggi di dunia iaitu melepasi 169,000 kes.
Di United Kingdom (UK), jumlah kumulatif positif COVID-19 kini mencecah 166,000 kes, manakala Jerman dengan 160,000 dan Turki (117,000 kes).
Bagaimanapun, antara berita yang cukup menggembirakan adalah lebih daripada 959,000 pesakit COVID-19 di seluruh dunia dilaporkan telah sembuh sepenuhnya daripada virus berkenaan. – Agensi

