• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid 11 Tahun Diminta Jawab Soalan ‘Aktiviti Keganasan’

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH sekolah rendah didakwa mengeluarkan kerja sekolah yang mengandungi soalan berkaitan kumpulan pengganas.

Menurut laporan portal Mirror.co.uk yang memetik laporan Daily Record, Majlis Lanarkshire North dikecam kerana mengeluarkan satu tugasan tentang pengeboman berani mati yang dibawakan oleh kumpulan pemisah dan meminta kanak-kanak menjelaskan tentang “aktiviti keganasan”.

Antara lain, membabitkan krisis tebusan di Munich di mana sembilan atlet warga Israel meninggal dunia semasa Sukan Olimpik 1972.

Kertas tugasan itu tersebar sehingga menjadi viral selepas ia diserahkan kepada murid-murid tahap P7 (murid berusia 11 tahun) di Sekolah Rendah New Stevenston yang dikendalikan oleh Majlis Lanarkshire North.

Guru-guru di sekolah Motherwell sudahpun mengadakan pertemuan bersama ibu bapa berhubung tugasan berkenaan, lapor Daily Record.

Seorang kakak kepada salah seorang murid berkongsi kertas tugasan itu secara dalam talian.

Aliyah Shafiq, 19, menulis satu kenyataan: “Bagaimana adik perempuan kecil saya harus menjawab soalan-soalan seperti ini untuk kerja sekolahnya?

“Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan aduan perlu dibuat kepada Majlis North Lanarkshire.

“Anda semua, saya mahu memperjelaskan bahawa walaupun kerja sekolah ini diberikan kepada murid-murid tahap P7 di Sekolah Rendah New Stevenston, tugasan itu sebenarnya datang dari majlis berkenaan, dan bukannya sekolah atau mana-mana guru secara langsung.”

Buku tugasan bertajuk “Terrorism and Terror” (Keganasan) itu mengenai “kumpulan pemisah” dan membincangkan tentang konflik antara Israel dan Palestin, serta Ireland Utara.

Antara kenyataan dalam buku tersebut berkata: “Satu lagi contoh mengenai keganasan kumpulan pemisah adalah di Israel.

“Rakyat Palestin yang tinggal di Israel percaya bahawa ia adalah tanah kepunyaan mereka yang diduduki oleh rakyat Israel.

“Peperangan antara Israel dan Palestin sering berakhir dengan kekalahan, maka mereka beralih kepada pendekatan keganasan sejak lebih 30 tahun.”

Buku soalan itu turut meminta murid-murid menjawab soalan-soalan mengenai kenyataan berkenaan termasuk: “Rakyat Palestin memikirkan mereka mempunyai hak untuk menggunakan keganasan terhadap Israel.”

“Berikan dua sebab mengapa mereka berfikir demikian? Gunakan maklumat yang diberikan bagi membantu anda (menjawab soalan).”

Selain itu, terdapat juga soalan: “Beri gambaran dua contoh aktiviti keganasan yang dilakukan oleh rakyat Palestin?”

Seorang wanita, Kerry McLaughlan berkata: “Saya tak percaya mereka bertanyakan soalan pelik ini kepada kanak-kanak, ini adalah satu gurauan!”

Seorang jurucakap Khidmat Pembelajaran dan Aktiviti Lapang Majlis North Lanarkshire berkata: “Bahan kerja rumah itu telah diambil daripada pek pengajaran yang kini sudah tidak lagi digunakan.

“Kami menghubungi semua sekolah bagi memastikan bahan ini tidak lagi digunakan.

“Penjelasan mengenai rakyat Palestin adalah sesuatu yang tidak sesuai dan kami mohon maaf di atas kesilapan itu,” katanya.

– mirror.co.uk

Tags: Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd